Saturday 29 September 2012

Sinopsis Novel 6:20


Bab 1 – Isnin
Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma, anak Tuan Haji Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut.  Sukma yang tidak mengendahkan nasihat ibunya terus membuka pintu pagar.  Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada.  Keadaan ini menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu ‘Tamadun Islam Melalui Seni Bina’ yang diajar Profesor Darul.

Bab 2 – Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir.  Sukma dihalang oleh ibunya daripada membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut atau berhutang apa-apa dengannya.  Tanpa menghiraukan amaran ibunya, Sukma membuka  pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji Rashid.  Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk menyatakan masalahnya.  Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu.  Dalam pada itu, Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda perasaan.

 Bab 3 – Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia disindir oleh ibunya.  Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor.  Di pintu pagar, muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor berwarna putih.  Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu pagar.  Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan Sukma.  Sukma akur dengan permintaan ayahnya.  Di dewan kuliah itu Rafiq Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik ‘Kemasyarakatan Islam’.  Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.

Bab 4 – Rabu Malam
Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit.  Di majlis tersebut juga, Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar .  Sukma tidak suka bercakap dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran, merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang dan suka meniru gaya barat.  Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20 subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.

Bab 5 – Khamis
Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di pintu pagar Tuan Haji Syaqir.  Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut, Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan.  Kanak-kanak tersebut ketakutan dan melarikan diri.  Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma.  Di bilik kuliah, Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2.  Sukma dan Teja tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami ilmu mencari realiti.  Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia.  Jerry memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga terlibat dalam kelab tersebut.

Bab 6 – Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam 6:20 di depan pintu pagar rumah mereka.  Sukma meminta ayahnya mencari tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah mereka.  Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong.  Teja mengajak Sukma ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan tradisional.  Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan persembahan tarian tradisi.  Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny tentang seni tradisi.  Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di kawasan perumahannya.

Bab 7- Jumaat
Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum itu.  Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah untuk memberinya makanan.  Nama kanak-kanak itu ialah Aim.  Ibu memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke rumah. Aim yang terdengar suara ibu melarikan diri keluar.  Apabila Sukma ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid.  Sukma mengajak Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya.  Apabila tidak menemui Aim, mereka pulang ke rumah.  Ros menyapa Sukma dan bertanya sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid.  Sementara itu, ibu mencari jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma.  Ibu beranggapan Sukma banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya.  Sukma menduduki peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul.  Selepas peperiksaan, Sukma dan rakan-rakannya berbincang tentang istilahterrorism.  Rafiq pula menegur Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur.  Rafiq memberitahu bahawa dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya semalam.

Bab 8 – Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2 pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang.  Di seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu pagar rumahnya.  Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja.  Rafiq pula menarik Sukma untuk bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2 bagi  berjumpa  dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar  satu fahaman yang meragukan.  Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan kehadiran Sukma dan Rafiq di situ.  Sukma menyatakan bahawa dia mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi.  Iskandar memujuk Sukma supaya balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2.  Akhirnya hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.

Bab 9 – Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda dan Iskandar yang berkelakuan pelik.  Rafiq mengajak Sukma untuk berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara lain.  Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora.  Di dalam kereta, Ros menyatakan bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya berhati-hati.  Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada Selasa lalu.  Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya tetapi telah menghilang enam bulan lalu.  Walau bagaimanapun, Abang Aim telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan masalahnya pada minggu lalu.  Sukma meminta Rafiq untuk membawanya bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu 6:20.  Rafiq  juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa dengannya dan Alvin.  Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan berbual.  Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan hal sebenar kepadanya.  Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry.  Akhirnya, Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang dinaiki oleh mereka.  Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya.  Jerry juga menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia bebas bersuara dan membuat pilihan.

Bab 10 – Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada pagi Isnin lalu.  Sukma bertanya tentang asal usulnya.  Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan meminta Sukma menyejukkannya.  Sukma juga diminta untuk meredakan suasana yang tidak aman di dalam rumah.  Sukma manjadi hairan dengan pesanan nenek itu.  Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe Flora.  Kedatangan mereka disambut oleh Reny.  Reny memberitahu bahawa dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab WX2.  Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih kepada kelab ekslusif.

Bab 11 – Sabtu Lagi
Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2.  Sukma berasa agak terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding dengan sebelum ini.  Iskandar seronok menceritakan tentang aktiviti yang dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari Kelantan.  Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab mereka.  Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang Jerry.  Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma.  Sukma terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny dan Iskandar.  Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.

Bab 12 – Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong.  Sukma mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu kepada Nenek.  Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin mengikuti neneknya  ke pasar untuk berniaga buah-buahan.  Sukma mengajak Aim ke rumahnya.  Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah Sukma.  Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada Sukma.  Sukma menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang diceritakan oleh Alvin dan Jerry.  Teja juga pernah dua kali memasuki kelab tersebut.  Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang sepi kelab itu.  Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya.  Kewujudan ruang sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma.  Sedang mereka berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta mereka iaitu Pak Rashid.  Sukma meminta Teja membawa Aim ke biliknya.  Rafiq meminta izin pulang.  Sukma berusaha membawa Teja dan Aim  keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat pandangan daripada bapanya.  Namun begitu, apabila mendapati Aim  tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang dahulu.  Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari.  Namun, Pak Rashid tidak memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya sendiri tetapi dia sedia membantu.

Bab 13 – Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi sebelum membawa Aim keluar dari biliknya.  Ketika itu juga ibunya memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk Sukma.  Buku itu menceritakan tentang cara-cara menangani tekanan.  Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia mengalami tekanan jiwa.  Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf kepada ibunya nanti.  Sukma berjanji akan meminta maaf dengan ibunya  atas sikapnya tadi.  Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini.  Akan tetapi Tuan Haji Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak Ros.  Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja tersebut. 

Bab 14 – Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan Abang Aim.  Menurut Rafiq,  Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang rumah Tuk Siak.  Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi dia menolaknya.  Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah diberikan wang sebanyak RM 500.00 walaupun Abang Aim menolak.  Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan menghidap AIDS.  Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya.  Tiba-tiba, Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang sepi  kepada Sukma.  Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang kehilangan Jerry.  Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam hidup.  Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke rumah neneknya.  Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu.  Semua yang diceritakan oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.

Bab 15 – Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri. Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar Jerry pulang,  Sukma dan Rafiq  pergi ke rumah Abang Aim untuk mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20 pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku. Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk memastikan agenda  dan perancangan mereka terhasil.  Mereka sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada. Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15 hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka tidak mengganggu Sukma kerana menghormati  ibunya Puan Delia.  Sukma pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia.  Iskandar tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apa-apa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar, mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.

Bab 16 – Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh Puan Delia, ibu Sukma.  Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanak-kanak) datang ke rumah Sukma  untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran.  Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa yang telah diterangkan oleh Abang Aim.  Sukma pulang ke rumah dan mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya. Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.

Bab 17 – Ahad Pagi
Pada pagi  Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu  Sukma di hadapan Kelab WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan. Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma meminta Jerry memberi  kerjasama dengan membuat keterangan sebagai saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar. Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan. Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang berwarna merah yang dikenali sebagai “Pati 1” bagi memastikan aktiviti mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi, terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan. Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia pergerakan mereka.  Semua ini telah dialami oleh Abang Aim.  Menurut Jerry lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan semata-mata.

Bab 18 – Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang perancangan tersebut.  Iskandar  tiba-tiba  datang dan memberitahu kepada Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu.  Mereka meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar. Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli kumpulan tersebut.

Bab 19 – Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap. Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan ahli kumpulan itu semasa operasi.

Friday 28 September 2012

buat duit dgn says.my

salam,hai. smlm sy dh buat pertanyaan kt fb psl nk buat side income. so ade yg nk follow. so,ikut step by step. insyaAllah jadi. tapi korang kena rajin la ye layan benda ni semua, n yang pasti ia akan berjalan kalau korang ada twitter n facebook.

sedia? follow k.

1.sign up ke akaun says.my

2. click button sign up


3. isikan segala butiran anda


 4. bila dah berjaya sign up,perhatikan setiap button di atas


5.untuk memulakan kempen, click pada button SPECIALS


6. click pada salah satu kempen

7.click pada BROADCAST dan copy link yang di bold kan


8. buat satu artikel menarik yang mampu menarik orang membuka link tersebut dan letakkan link yang sudah di copy.


9. untuk review pengunjung yang dah buka link anda,click sini


10. update maklumat peribadi di sini


ok. siap pun. selamat mencuba :)

Wednesday 26 September 2012

pemandu bas yang gatal

sape pernah naik pengangkutan awm ? kat taiping ni pengangkutan awm yg ade bas dgn teksi jelah. hihi. mase sy sekolah dlu,selalu jugak sy naik bas awam. yelah dgn klas tambahan,tuisyen,latihan sukan mcm2 lagi lah. ayah sy jrg ambil sy sbb krja,so sy tak kisah sbb sy dh reti naik bas. kalau kat sini jela,kalau jauh2 tak berani.hihi.

sy selalu naik bas awam, sbb murah dan bas nye masuk dalam taman., haaa kau ade? haha. so muka sy nih dh selalu sgt tercongok kt bus stand tuh. naik teksi jrg,kecuali pegi mall ke,atau mcm dh maghrib sgt sy naik teksi.

REDNYELLOWOMNIBUS
GAMBAR SEKADAR HIASAN
alkisahnye sy baru balik dari tuisyen akaun,kelas habis pukul 6.00 petang. sekolah,tempat tuisyen dgn station bus dekat je. bas yg terakhir pukul 7.00 malam. bas untuk tempat sy sejam sekali. sebelum tu sy lepak2 kt sekolah dlu. mls nk pegi awal2. dalam 6.30 baru sy pergi bus stand. gelap,bahaya jugak,tapi nasib la org2 kat situ kenal sy. masa untuk pekerja2 balik. diorang pun naik bas. ada juga org, pukul 7.00 mlm bas plg last.

tepat pukul 7,bas jalan.pemandu bas yg selalu bwk bas tu hari ni dy collect ticket je,org lain yg bawak.sy kenal dy,budak2 sekolah yg naik bas suma kenal dia. nama dia biarlah sy rahsia n dlm ni sy gelar sbg UNCLE. 

selesai collect ticket,Uncle ni duduk sebelah sy,sy tak kisah..biasala,org tua,nk sembang2. dy  tanya mcm2 psl sekolah la,psl pelajaran la.tiba2 dy bukak topik psl peribadi. aduhmak.nk lari jee masa tu. baca dialog nih ok. lebih kurang la cara dy ckp




uncle : hang dh ada bf?
tyka  : blom lg. tkmau pun,mak marah.
uncle : hg toksah tipu,uncle taw hg ada.tu yg hg dok melepak selalu tu ?
tyka  : oh,kawan je tu,mmg tk da pun.
uncle : betul ke tkde ? uncle nk kite dua jadi kwn rapat bleh ? kira kwn special la. toksah habaq sapa2. kite      dua je tahu dh la. uncle suka kamu,comei molek
tyka  : hah ? kawan bleh r.
uncle : yg special tu ?
tyka  : takmau la

taw? dy buat aksi merajuk,ya Allah,nk je bom org tua tu,gatal merenyam nyaaa ! lps dari haritu,ade pemandu bas muda,masa kite tunggu bas dy rajin sembang2 ngn kite.uncle tu mcm jeles je. dy tak ckp ngn kite dh.ckp pun biasa2 je. tp sy tak kisah,ALHAMDULILLAH sgt. sejak dari peristiwa tu,kalau tusyen balik pukul 6,kite naik teksi,geli taw tak ! hihi

picture : GOOGLE

Sunday 23 September 2012

KAKI ITU AURAT KITA JUGA

short entry,
hai!. assalamualaikum.. td kite tertanya2, boleh ke kite pakai stokin yg mengikut warna kulit. yelah ,kaki kan masih dianggap aurat perempuan, kecuali muka dan dua telapak tgn.

so,sy dh tanya kepada saudara ini yg sudi bls pertanyaan sy, terima kasih saudara Lukhman Hakem..

share jika mahu. hihi :)

Saturday 22 September 2012

Pad yang sesuai untuk Period yang bnyk



berdasarkan pengalaman kite la. mase form 1 kite dh start period. masa tu bodoh taw smpai sekali tu bocor. omakai malu tak hengat! naik bas skolah plak tu. ades T_T. ni gara2 pakai pad cap kaler biru tu la. 5,6 lapis sy pakai kot masa tu. tapi bocor lg. so mak suggest guna pad yang lama nih.
 
SANITA - murah,tak de bnyk chemical,tak berbau,mudah dicuci

sanita
sanita ni kite pakai masa kat rumah je. hari pertama n kedua period. sbb masa tu mmg bnyk kan? sanita ni dy mcm tuala kosong je. cuma ada kapas. so dia tak bahayakan sgt. selamat. then dy sgt tebal. boleh tampung darah supaya tak bocor.

LAURIER ACTIVE COMFORT -mudah dicuci,tidak berbau

laurier active comfort

kite pakai masa period hari ke 5,6 dan seterusnya. masa keluar untuk hari ke 5,6 kite akan pakai ni.mudah sgt nk cuci.

LAURIER NIGHT SAFE

laurier night safe

kalau hari pertama,kedua period, kite keluar jalan2, kite akan pakai nih. sbb dy tak nmpk bonjolan sgt. lps tu nk pegi mana2 sng sbb senang sgt di cuci.

#untuk org Islam,kite wajib taw cuci pad kite bersih2,baru buang ok. kalau keluar tu spare surat khabar n plastik hitam. jgn buang sesukahati taw. kotor amalan syaitan :)

Ziarah Kawan Atuk.

tkde mood nk menulis, kite layan gmbr je ok :)

simple2 je, tudung,tshirt,jeans,selipar.
pergi dgn mak,atuk,pakcik. naik kereta pakcik
disebabkan tak tahu rumah yg nk pergi tu,kiteorang pergi singgah rumah pakcik awang nk tanya.
isteri pakcik awang.
tea set yg classic, hihi, ank dia buat teh o pns. 
hihi, ni pak awang. nak pegi kupas nyoir. mak nak
tkde ayam pun. T_T
pokok kelapa yang makin bahaya kalau tk di tebang. iskk
ni panggil apa ek ?
anak pak awang ni istimewa, tapi rajin.
finally sampai ke tmpt nk dituju. tp dpt gmbr assam keping je sbb asyik sgt tgk opah tu.
dlm pukul 5 lebih balik taiping. hihi
taiping -> trong -> beruas kot ? hahah

Friday 21 September 2012

Tuesday 18 September 2012

Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 Kali Sehari



Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:

Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan. Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku. Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut. Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa. Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh. Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka. Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah. Umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul. Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya. Tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar. Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian. Mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan. Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian. Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah.


GAMBAR HIASAN
sumber

BREAKFAST masak sendiri kutuk sendiri :(

sup telur
tahu nmpk tak sedap,tapi die kasi sy kyg  T_T
RESEPI :

telur
bawang putih dan bawang merah
cili
garam dan serbuk perisa secukup rasa
air

CARA-CARA :


  1. letak sedikit minyak dan panaskan.
  2. bila dh pns sedikit masukkan bahan2 tersebut.
  3. masukkan air
  4. reneh seketika dan pecahkan telur,
  5. tutup dlm 3-4 minit biarkan telur direneh.
  6. cedok dan letak dlm mangkuk.
  7. cedok nasik dan suap ke mulut 
#selamat mencuba


Sunday 16 September 2012

Dialog Lawak!!! Adik saya berkahwin dengan lelaki

Rahmat ialah saksi satu kes jenayah berat, kelihatan gementar dan gugup ketika diminta memberi keterangan oleh seorang peguam. Dengan suara yang lantang, peguam itu bertanya, adakah anda sudah berkahwin?.

Sudah, Tuan. jawab Rahmat dengan suara yang tersekat-sekat.

Peguam : Sudah berapa kali, kamu berkahwin
Rizal : Sekali sahaja.,

Peguam : Dengan siapa kamu berkahwin?,
Rizal : Seorang perempuan, Tuan!
Kerana panas mendengar jawapan dari Rahmat, dengan marah, peguam berkata, Tentulah kamu berkahwin dengan perempuan. Kamu pernah dengar ke ada orang yang kahwin dengan lelaki? ,

Rahmat :
Ada tuan, adik perempuan saya berkahwin dengan lelaki, tuan.

Peguam : !@#$%^&*($#@!@#$%^ ( Jatuh Pengsan )

Saturday 15 September 2012

Dialog Lawak!! Saya Tolong Abu Buang Batu

SAYA TOLONG ABU BUANG BATU


abu dan seman lewat ke kelas.. setibenye mereke di kelas..

cikgu: kenape awak lambat, abu?
abu: saya lempar batu ke dalam sungai cikgu..
cikgu: kenape kene lempar batu pulak?
abu: sebab batu bagi berat sampan cikgu.. (kebetulan diorang datang ke sekolah naik sampan.)
cikgu: kamu pulak, seman?
seman: saya tolong abu buang batu, cikgu..
cikgu: berat ke batu tu?
abu dan seman: berat cikgu..
cikgu: ok, takpe.. pergi duduk tempat duduk kamu..
abu dan seman: baik cikgu..

lime minit kendian, datang sorang pelajar baru..

cikgu: eh, ade budak baru.. ha! kenalkan diri kamu..
budak baru: saye budak baru..
cikgu: tapi kenape kamu basah lencun? sape name kamu?
budak baru: name saye BATU..